TIPS of THE DAY

Macam mana nak cuci kain Sutera ni?

Caranya mudah saja, cuma perlu ada washing net, biasanya ada di jual di pasaraya macam Giant, Carefor, Jusco dan yang sewaktu dengannya. So terbalikkan baju kurung tu supaya kalau ada manik2 ke batu2 ke atau accessory yg lain  tu tak rosak. Pastu , masukkan ke dalam net, zip elok2. Masuk dalam washing machine and rendamlah atau cucilah macam biasa. Sebaiknya elakkan dari mencampurkan sutera anda dengan baju2 lain yang luntur warnanya ataupun fabrik2 yang tebal dan keras contohnya macam jeans. Sesetangah orang, dia suka basuh sutera hanya pakai pewangi je, maklumlah baju ke pejabat bukannya kotor sangat.  So dengan pewangi atau pelembut pun dah memadai untuk mencuci sutera kerana ia lebih menjamin ketahanan fabricnya. Kalau nak lagi selamat ha rendam dalam baldi dan cuci je pakai tangan pelan-pelan. Jangan gonyoh kuat2 pulak kang rosak pulak baju tu. Lepas cuci sidailah di tempat yang sesuai, yang tak terlalu terdedah dek panahan mentari sebab ia boleh memudarkan warna baju sutera anda dan kilauan manik yang terpancar pun boleh pudar sedikit demi sedikit dek panahan UV. Jadi selamat mencuba. Kalau ada lagi tips-tip menarik bolehlah dikongsikan di blog ini untuk manfaat kita bersama.

Sekian.


Susah sangat ke nak gosok baju jenis sutera ni?

Sememangnya rumit dan makan masa juga kalau nak gosok baju sutera ni. Especially kalau baru lepas dibasuh dengan washing machine. Berkedut-kedut kan. Bagi yang kerja gourment tu, hari Rabu malam atau pagi-pagi Khamis dah berpeluh-peluh menekan seterika nak hilangkan kedut kat sutera tu. Silap-silap lewat pulak ke tempat kerja. Tapi bagi saya sutera ni kalau nak senang digosok mudah je. Caranya, bentangkan baju sutera anda tu kat iron board pastu stand by segayung air. Renjis-renjiskan air tu dengan hujung jari ke permukaan baju (biarkan tersebar rata). Perlu diingat, renjisan tu tak payahlah sampai basah lencun. Lepas renjis tu gusoklah dengan kepanasan seterika yang sederhana.InsyaAllah licinlah sutera anda tu dengan mudah. Kalau ada bekas spray fabreeze yang dah habis tu lagi bagus. Refill je dengan air dan spray je terus. Kalau nak wangi, campur perfume sikit. Tapi kalau beli Sutera Creepe Wangi akak, insyAllah baju tu wangi sentiasa, tak yah nak pakai Downy ye.. gurau-gurau je ye. jangan mareee.

Baiklah , buat semua, selamat mencuba.  Ini adalah tips yang mudah dan tak bermodal pun. Tapi kalau anda semua nak lagi mudah, hantar jelah kat kedai dobi ye.
Semoga tiada tekanan lagi sewaktu menggosok Sutera.

Sekian.


Kalau baju yang ada batu-batu macam mana nak jaga?

Hmm Kalau nak lebih bergaya kenelah kerja lebih sikit. So untuk selamatkan baju yang ada jahitan batu ni kenalah cuci dengan cara lembut seperti menggunakan span lembut semasa 'memberus' baju. Kalau boleh elaklah daripada di cuci dalam washing machine. Tapi kalau dah tahap malas nak cuci tangan, sentiasalah masukkan baju anda tu dalam net dalam keadaan baju tu di terbalikkan dulu. Ini penting supaya permukaan yang berbatu-batu tu tak bergeseran dan benang-benang yang menjahit manik tu tak terputus. Kalau washing mashine yang auto tu, tukarlah ke mood gentle ataupun jangan spin. Kalau boleh perahlah sendiri slow-slow.

Kalau menggosok pula, pastikan anda mengalas permukaan manik dengan kain (jangan terlalu nipis kerana ia boleh menyebabkan kualiti manik merosot teruk akibat geseran). Boleh guna kain batik sebagai alas. Tapi sebaiknya adalah lebih selamat kalau anda menggosok baju berbatu /bermanik dalam keadaan baju itu di terbalikkan dahulu. Bermakna anda perlu menggosoknya dari bahagian dalam, tanpa perlu dialas dengan apa-apa kain lagi.

Tapi kalau nak lebih ringkas, hantar saja ke kedai dobi. Namun harus diingat, risiko baju anda rosak tetap ada kerana kedai dobi pun banyak baju yang nak dikendalikannya. Jadi tepuk dada, tanya selera. Selamat berjaya dan bergaya.